Cara Menuntut & Menggunakan Baucar Iklim
Cara menuntut Baucar Iklim anda
-
Lungsuri go.gov.sg/cv-claim. Ketik pada 'Climate Vouchers’
-
“Log-in” dengan Singpass. Hanya seorang anggota isi rumah perlu lakukan ini bagi semua pihak isi rumah mereka.
-
Terima pautan SMS ke Baucar Iklim anda. Hantar SMS untuk berkongsi baucar dengan anggota isi rumah.
Penting
Anda akan menerima SMS daripada gov.sg dengan pautan baucar yang unik selepas anda menuntut Baucar Iklim anda di go.gov.sg/cv-claim (iaitu setelah melengkapkan Langkah 1 hingga 3).
Pastikan pautan baucar unik yang anda terima bermula dengan https://voucher.redeem.gov.sg/. Jangan percaya atau klik pada sebarang pautan baucar yang bermula dengan awalan yang lain.
Sila ambil perhatian bahawa NEA, PUB dan RedeemSG tidak akan menghantar sebarang SMS yang meminta butiran bank anda untuk menuntut Baucar Iklim. Jika anda menerima SMS sedemikian, jangan klik pada pautan atau balas.
Cara membelanjakan Baucar Iklim anda
-
Tunjukkan bukti alamat beserta baucar
-
Pilih jumlah yang hendak dibelanjakan. Kemudian ketik pada 'Tunjukkan baucar’
-
Tunjukkan kod QR kepada juruwang.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Soalan-soalan Lazim.